Sunday 4 December 2011

Penggunaan Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pengenalan

Penjodoh bilangan dalam Bahasa Melayu berfungsi untuk mengindahkan gaya bahasa serta melembutkan dan menimbulkan lenggak-lenggok yang menarik dalam bahasa.

Kepentingan penggunaan penjodoh bilangan adalah untuk menyampaikan maklumat yang tepat.

Penjodoh bilangan ialah perkataan yang terletak antara kata bilangan dengan kata nama dalam sesuatu frasa nama. kehadiran kata penjodoh bilangan dalam bahasa Melayu adalah pada kata nama yang boleh di hitung, sama ada konkrit atau abstrak


Penjodoh Bilangan dan Penggunaan:


baris:
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya


batang:
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya


biji:
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya


cucuk:
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya


das:
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam


ekor:
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya


gugus:
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya


ikat:
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya


jambak:
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya


keping:
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya


ketul:
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya


laras:
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya


lembar:
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya


pasang:
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya


sikat:
Untuk pisang


ulas:
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya


utas:
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya




Tulis penjodoh bilangan yang sesuai..

1) Se ___________________ tiang lampu di tepi jalan itu telah tumbang.

2) Bapa Ali sedang menebang pokok dengan menggunakan se___________________ kapak yang tajam.

3) Ibu membelikan adik dua ___________________ stoking baru.

4) Saya telah makan tiga _____________________ kuih talam ubi di gerai Pak Dol.

5) Lelaki yang kejam itu memukul seekor anjing dengan se____________________ rantai basikal.

6) Orang kaya itu membeli se___________________ permata yang bermutu tinggi.

7) Sudin mengutip se_____________________ batu kecil lalu mencampaknya ke dalam sungai.

8) Pengganas itu telah menembak orang itu dengan menggunakan se ___________________ senapang otomatik.

9) Saya hanya mampu makan beberapa ___________________ cempedak sahaja kerana perut saya kenyang.

10) Sudin makan tiga ___________________ telur ayam separuh masak untuk sarapan.

11) Beberapa _________________ daun kering telah gugur dari pokok itu.

12) Se __________________ rantai emas telah diragut dari leher wanita itu.

13) Saya menerima se_________________ kad jemputan hari lahir daripada kawan baik saya.

14) Razali membeli se___________________ basikal di kedai itu.

15) Bapa menggali lubang dengan menggunakan se___________________ cangkul.

Thursday 1 December 2011

Contoh ringkasan mengajar Bahasa Melayu

CONTOH RANCANGAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA TAHUN 6 (SK)
Hari : Jumaat (11 Januari 2008)
Masa : 9.45 – 10.45 pagi
Tema : Kekeluargaan
Tajuk : Impian Menjadi Kenyataan
FU : 5.1 Aras 1(i)
FS : 11.2 Aras 1(i)
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:
1. Membaca dan menyenaraikan perkataan yang menarik yang terdapat dalam teks.
2. Menulis karangan yang bertajuk “Hobi Saya” menggunakan bahasa yang kreatif.
Sistem Bahasa:Tatabahasa : Kata hubung (walaupun, lalu, semenjak)
Kosa kata : Antologi, terngiang-ngiang, kreatif
Pengisian Kurikulum :
Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Semangat bermasyarakat
KBT : Kemahiran Berfikir (membanding beza), Pembelajaran Kontekstual
Aktiviti :
1. Guru meminta murid membaca petikan bibliografi dan menyenaraikan isi-isi utama daripada teks.
2. Murid-murid menyatakan tentang isi-isi utama petikan bibliografi tentang tiga orang tokoh tersebut.
3. Murid-murid memberikan pendapat atau idea dan komen tentang isi-isi petikan yang dipelajari.
4. Guru membantu murid melahirkan idea dan pandangan mereka terhadap sesuatu isu yang dipilih.
5. Murid menulis karangan naratif yang bertajuk “Hobi Saya” menggunakan kata kunci yang disediakan.
Impak :
35 daripada 40 murid dapat memberikan pandangan terhadap sesuatu isu menarik yang dibincangkan.
38 daripada 40 murid dapat menulis karangan “Hobi Saya” dengan berpandukan kata kunci yang diberi.
(Dicatat selepas tamat proses pengajaran dan pembelajaran)