Sunday, 23 December 2012

TAJUK:PERBANDINGAN GOLONGAN KATA DALAM TATABAHASA DEWAN DENGAN NAHU MELAYU MODEN 1. Pengenalan Setiap bahasa di dunia mempunyai sistem bahasa yang tersendiri ada yang mempunyai sistem yang hampir sama, manakala sebahagian bahasa lagi mempunyai sistem yang agak berbeza. Sistem bahasa Melayu dapat dihuraikan daripada unsur-unsur yang terdapat dalam bahasa itu. Unsur yang terbesar dalam bahasa adalah ayat. Ayat pula terbina daripada gabungan klausa dan frasa. Unsur frasa boleh dianalisis kepada morfen-morfem. Kesemua unit tersebut dinamakan sebagai unit tatabahasa. definisi tatabahasa berlainan antara ahli bahasa dari segi susunan perkataan dan ayat.Namun begitu, ini tidak jauh menyimpang daripada maksudnya. Tatabahasa dapat disimpulkan sebagai satu konsep tatabahasa yang mempunyai peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis.Morfologi ialah bidang binaan perkataan manakala sintaksis merupakan bidang tentang binaan ayat. Morfologi adalah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan golongan kata. Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang dalam bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. fologi. Mungkin ramai yang masih tidak memahami dengan mendalam konsep ilmu ini tetapi sedarkah kita bahawa kita sentiasa mengggunaan morfologi untuk bertutur , menulis , membaca atau untuk menyatakan perasaan kita. Definsi morfologi menurut pakar bahasa seperti di bawah: i. Asmah Hj Omar (1999) menyatkan morfologi sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan varian morfem. ii. John T. Jensen(1995) mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang struktur, bentuk dan golongan kata. iii. Abdullah Hassan (2005)mentakrifkan morfologi sebagai biadng lingiustik yang mengkaji bagaomana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhdap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses –proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan yang dihasilkan. iv. Nik Safiah Karim ( 2008 ) menjelaskan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata. bahasa yang mesra . Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh di atas , jelaslah ilmu morfologi ialah ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. 2.Konsep Penggolongan kata Berdasarkan tajuk tugasan yang diberikan saya telah memilih untuk membuat perbandingan golongan kata dalam Tatabahasa Dewan dengan buku tatabahasa lain. Oleh itu sebelum menyelusuri lebih jauh , saya akan membuat definisi penggolongan kata berdasarkan pakar-pakar bahasa Melayu dalam dekad ini. Kita sudah sedia maklum bahawa semua perkataan bahasa Melayu terbentuk sama ada melalui proses tunggal, pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan , boleh digolongkan dalam beberapa golongkan kata yang mempunyai persamaan tertentu. Menurut Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim dan Abdullah Yusof ( 2009) menyatakan penggolongan kata merupakan penjenisan kata berdasarkan fungsi tatabahasa. Semua kata perlulah dikelompokkan atau digolongkan dalam kategori tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Seterusnya,t Abdul Hamid Mahmood (2006) menjelaskan dalam bahasa Melayu terdapat bermacam-macam jenis perkataan. Perkataan-perkataan tersebut kita gunakan dalam percakapan dan penulisan setiap hari. Selaku pelajar dan penggunan bahasa Melayu kita perlulah mengetahui perkataan – perkataan tersebut supaya dapat digunakan dalam ayat yang betul. Di samping itu Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) menyatakan perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan kriteria , misalnya kritetia struktur fonologi atau bunyi , kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Selain itu menurut Ahmad Khair (2012) menyatakan bahawa perkataan digolongkan dalam beberapa golongan tertentu berdasarkan kriteria struktur fonologi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.Lazimnya perkataan digolongkan dalam kriteria sintaksis dan kriteria semantik.Penggolongankata boleh juga disebut sebagai kelas kata, kategori kata dan jenis kata. Kesimpulannnya penggolongan kata merupakan penjenisan kata berasaskan fungi tatabahasa. Tentunya apabila beribu kata malahan ada yang berjuta kata mengikut bahasa –bahasa tertentu apabila digolongkan dan dikategorikan akan menjadikan sistem kata itu lebih sistematik untuk ditutur dan dipelajari. 3. Perbandingan/ dapatan/ perbincangan Di sini saya memilih untuk membandingkan jenis penggolongan kata berdasarkan buku Nahu Melayu Moden (NMM) yang ditulis oleh dua orang pakar bahasa Melayu iaitu Liaw Yock Fang dan Abdullah yangditerbitkan pada tahun 1993 oleh penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd dan perlu dibandingkan secara terperinci dengan Tatabahasa Dewan (TD) Edisi Ketiga yang diterbitkan pada tahun 2011 oleh gabungan beberapa orang pakar bahasa Melayu iaitu Nik Safiah Karim. Farid Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Seperti yang kita sedia maklum TD ini mengandungi penambahan dan pindaan pada bahagian-bahagian tertentu dengan tujuan memantapkan lagi buku TD sebagai buku tatabahasa bahasa Melayu yang menjadi rujukan dan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan tinggi di samping menjadi sebuah buku tatabahasa pegangan bagi penggunan bahasa Melayu. Berdasarkan buku TD ini penggolongan perkataan adalah berdasarkan kriteria semantik kerana cara ataupun kaedah penggolongan ini lebih selaras dengan status perkataan bagi satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis , iaitu klausa, frasa, dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstuksi yang dibentuk oleh perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa, dan frasa. Ayat dan klausa mengandungai dua konstituen utama , iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa pridekat pula dobentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama(FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Frasa-frasa ini disebut frasa utama. Rajah 1.1 Golongan Kata Berdasarkan Tatabahasa Dewan Pemilihan kata nama, kata kerja , dan kata adjektif sebagai golongan kata utama adalah kerana ketiga-tiga kata ini mampu menjadi inti bagi frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa ayat. Selain tiga golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa utama. Bahkan perkataan-perkataan lain masuk ke dalam binaan frasa, klausa dan ayat melalui perhubungannya dengan perkataan-perkataan dalam tiga golongan ini, ataupun berhubung dengan binaan frasa dan klausa secara langsung. Pengelompokkan tiga golongan kata itu adalan secara kolektif manakala kata tugas dikelompokkan secara heteroge. Oleh itu , TD telah menggolongkan kata kepada empat bahagian iaitu: i. kata nama ii. kata kerja iii. kata adjektif iv. kata tugas Jika dibandingkan golongan kata berdasarkan NMM yang berlandaskan Za’ba dalam buku Pelita Bahasa Melayu (1995) , R.O. Winstedt dalam buku Malay Grammar (1952) dan Tatabahasa Baru Bahasa Indonesia(1980) menyimpulkan penggolongan kata dapat dibahagikan kepada sembilan golongan seperti rajah di bawah: Rajah 1.2 : Penggolongan Kata berdasarkan Nahu Melayu Moden Selain itu, penulis juga menyatakan beberapa kekeliruan yang timbul apabila dibuat sembilan penggolongan kata utama. Contohnya kata nama yang didefinisikan sebagai perkataan yang menyebut benda atau orang yang boleh juga dikategorikan sebagai kata sifat seperti merah yang boleh digolongkan sebagai kata sifat kerana merupakan sejenis warna dan boleh juga dipanggil kata nama. Selain itu , buku ini menerangkan juga cara untuk menentukan golongan kata di dalam bahasa Melayu iaitu: i. kata penanda ii. imbuhan iii.posisi atau fungsi di dalam ayat. Kesimpulannya berdasarkan kedua-dua buku ini iaitu NMM dan TD ini terdapat persamaan dari segi pembahagian ataupun pengkelasan beberapa golongan kata iaitu dibahagikan kepada iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif / sifat . Namun perbezaan juga dapat dilihat lima jenis golongan lain dalam Nahu Melayu Moden iaitu kata keterangan, kata depan, kata penghubung, kata seruan dan kata bilangan dan kata ganti nama. Selain itu juga apa yang ketara ialah tiada golongan kata tugas dalam buku Nahu Melayu Moden kerana kata tugas ini telah dimasukkan ke dalam golongan kata hubung , kata depan . Dari aspek cara untuk menggolongkan kata juga agak berbeza kerana TD menerangkan setiap perkataan dalam bahasa Melayu dikelaskan ciri struktur fonologi atau bunyi, ciri morfem, ciri sintaksis dan ciri semantik.Penggolongan kata kepada empat golongan utama di samping subgolongan kata lain menjadikan golongan kata ini mudah difahami dan sistematik. Manakala NMM pula walaupun telah menggolongkan kepada sembilan golongan kata utama , namun masih terdapat kekeliruan untuk mengelaska sesuatu kata itu. Ini adalah kerana aspek pemilihan kata hanya berdasarkan kata penanda, imbuhan dan posisi atau fungi di dalam ayat. Sedangkan banyak kata yang perlu digolongan dengan tepat berdasarkan sudut morfologi dan semantik. Bagi pendapat saya empat jenis golongan kata yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan lebih tepat dan senang untuk difahami oleh pembaca. Ini adalah kerana setiap perkataan dalam bahasa Melayu dikelaskan ciri struktur fonologi atau bunyi, ciri morfem, ciri sintaksis dan ciri semantik. 4. Kata Nama 4.1 Penjelasan kata nama berdasarkan TD Berikut ialah penghuraian kata nama mengikut TD yang merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat , benda atau konsep.Golongan kata nama ini dipecahakan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataaannya, iaitu seperti yang berikut Rajah 1:3 Penggolongan Kata Nama Kata nama khas membawa makna rujukan khusus pada sesuatu makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan, undang-undang, bangsa, pangkat dan seumpamanya.Dalam tulisan , huruf pertama kata nama khas ditulis dengan menggunakan huruf besar.Setelah dibahagikan kepada 3 golongan kata nama, contohnya kata nama khas juga dibahagikan kepada pecahan di bawah: Rajah 1: 4 Penggologan Kata Nama Khas Dalam TD menyatakan bahawa kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepad a benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Oleh itu TD telah membahagikan kata nama am pula dibahagikan kepada dua bahagian dan subgolongan seperti rajah di bawah: Rajah 1.5:Penggolongan Kata Nama Am Bagi kata ganti nama pula digunakan utk menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Pembahagian kata ganti nama kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjukmpula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. , kata ganti nama diri pula dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Rajah 1.6: Penggolongan Kata Ganti Nama 4.2 Penjelasan kata nama berdasarkan NMM Dalam buku NMM menyatakan bahawa kata nama ialah segala perkataan yang menyebut benda, tempat , orang atau binatang dan telah membahagikan kata nama ini kepada dua iaitu kata nama am dan kata nama khas. Kata nama am digunakan menyebut benda ama, baik benda, tempat , binatang atau orang. Manakala kata nama khas pula digunakan untuk menyebut nama orang, tempat atau nama barang tertentu yang khusus. Selain itu dalam buku juga menerangkan kata nama mempunyai berapaa penanda untuk membezakan dengan golongan kata lain iaitu yang, itu , kata depab dan kata bilangan . Di samping itu juga di bawah kata nama tergolong imbuhan untuk penanda kata nama itu sendiri antara imbuhannya ialah akhiran –an, awalan pe-(pe-, pem-, pend-, peng-, peny- dan penge-),apitan pe(pe, pem, pend, peng, peny dan peng). Rajah 1.7: Penggolongan Kata Nama 4. 3 Perbandingan kata nama TD dengan NMM Berdasarkan keterangan di atas jelas menunujukkan perbezaan dari segi pengkelasan kata nama. Ini kerana TD lebih meluas dan lebih terperinci mengikut ciri-ciri semantik dengan mengasingkan kepada tiga bahagian iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Seterusnya setiap kata nama itu pula dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lain secara terperinci dan menyeluruh. Pengelompokkan setiap kata nama dengan jelas dan tepat ini telah memudahkan pengguna untuk memahami dan mengaplikasi jenis kata ini dalam kehidupun seharian dengan betul . Manakala dalam NMM hanya mengelaskan kepada dua jenis iaitu kata nama am dan kata nama khas. Ini kerana menurut penulis kata ganti nama tidak sesuai diletakkan di bawah golongan kata nama sebaliknya mereka telah meletakkan ke dalam golongan kata utama yang mengandungi sembilan jenis keseluruhannya. 5. Golongan kata adjektif 5.1 Golongan kata adjektif berdasarkan TD Menurut TD kata adjektif merupakan sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif dan unsur beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur’-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Selain itu, dinyatakan juga perbezaan kata adjektif dengan kata kerja dan kata nama melalui penggunaan kata penguat sebelum atau selepas kata adjektif. Contohnya amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak dan banyak sekali. Oleh itu pembahagian subgolongan kata adjektif ini telah dibahagikan kepada sembilan jenis berdasarkan makna perkataan-perkataaan iaitu: Bil Jenis kata adjektif Contoh perkataan 1 Kata adjektif sifatan Baik, jahat, cerdik, pandai, gopoh, lemah, kasar, berani, takut. 2 Kata adjektif warna Putih, kuning, merah, biru, hjau, ungu, perang, kelabu 3 Kata adejektif ukuran Panjang, pendek kecil, nipis, tebal, tinggi, cetek, dalam . 4 Kata adjektif bentuk Bulat, budar, leper, bujur, lonjong 5 Kata adjektif pancaindera Sedap, cantik, merdu, mersik, halus, licin, keras, lazat, kelat 6 Kata adjektif waktu Cepat, spontan, lewat, lambat, awal 7 Kata adjektif cara Cepat, laju, deras, lambat, perlahan. 8 Kata adejektif perasaan Rindu, geram, asyik, berahi, ghairah, benci, sayang, cinta. 9 Kata adjektif jarak Jauh, dekat, hampir, nyaris. 5.1 Golongan kata adjektif / kata sifat berdasarkan NMM Berdasarkan buku NMM yang berpaksikan penghuraian kata sifat dari Za’ba dan Asmah Hj Omar menyatakan bahawa kata sifat ini adalah segala perkataan yang memberi keterangan tentang nama atau kata ganti nama. Selain itu kata sifat masih mempunyai beberapa ciri yang tidak dimiliki oleh kata kerja , misalnya boleh didahului oleh kata keterangan darjat seperti sangat dan amat serta mengalami tingkat perbandingan lebih, paling dan sebagainya. Oleh itu mereka telah menggolongkan kata sifar ini kepad lima golongan seperti di bawah: Bil Jenis kata adjektif Contoh perkataan/ayat 1 Kata sifat jati Panas, masin, masam, bongkak, curam 2 Kata sifat + dengan Kaya dengan, baik dengan, sarat dengan, miskin dengan 3 Kata sifat +akan + kepada Rindu akan, takut akan, sayang benar kepada suaminya 4 Kata sifat + kata kerja + kata nama Adik pandai membaca, saya benci melihat orang itu. 5 Kata sifat + bahawa + ayat Kita yakin benar bahawa orang Melayu tidak malas 4. 3 Perbandingan kata adjektif /kata sifat TD dengan NMM Bagi membandingkan kedua-dua buku ini ialah dari segi perbezaan iaitu pembahagian jenis golongan kata ini di mana TD membahagikan kepada kumpulan kata adjektif kepada sembilan jenis. . Manakala , NMM pula hanya membahagikan kepada lima jenis kata adjektif. Setiap jenis golongan kata bagi kedua juga agak jauh berbeza . Bagi pendapat saya untuk memahami jenis kata sifat jati yang terdapat dalam NMM agak sukar kerana penerangan yang terdapat di dalam buku ini agak umum dan tidak tepat. Berbeza dengan pengelompokkan yang terdapat dalam TD yang senang untuk difahami dan tepat mengikut makna setiap perkataan. Selain itu pemilihan kata untuk dimasukkan dalam kumpulan kata sifat dalam buku NMM pula agak keliru dan bercampur aduk kerana memasukkan kata sendi nama seperti dengan akan , dengan , bahawa untuk disekalikan dengan kata adjektif. Contohnya kata sifat + dengan dan kat sifat + . akan. Berdasarkan buku TD yang tidak terdapat dalam buku NMM ialah pembaca dapat mengetahui cara pembentukan kata adjektif iaitu terdiri daripada empat bentuk iaitu : Rajah 1.8: Pembentukan Kata Adjektif Namun , terdapat sedikit persamaan di mana kedua-dua buku ini menggunakan kata penguat sama ada sebelum atau selepas kata adjektif. Kata penguat yang lazim digunakan ialah sangat, amat, sungguh, sekali juga ada lain-lain lagi. Ini seterusnya dapat membezakan kata adjektif dengan golongan kata lain seperti kata nama , kata kerja dan kata tugas. 5. Kata Tugas 5.1 Golongan kata tugas berdasarkan TD Menurut buku TD kata tugas bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu yang terkandung dalamnya golongan –golongan kecil yang brbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, aitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik , iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata tugas ini masuk ke dalam binaan ayat melalui perhubungan dengan perkataan daripada golongan kata kerja, kata nama dan kata adjektif. Selain itu melalui perhubungan secara langsung dengan binaaan frasa atau klausa tertentu. Contoh kata tugas adalah seperti di bawah: Berdasarkan pecahan golongan kata tugas ini yang mengandungi 17 pecahan yang meliputi merupakan pecahan yang terbesar jika dibandingkan dengan golongan kata yang lain. Bagi memudahkan penghuraian TD telah mengkelompokkan jenis kata tugas ini ke dalam empat kelompok berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat iaitu i. kata penyambung ayat ii. kata praklausa iii. kata prafrasa dan pascafrasa iv. kata pascakata. Rajah 1.9: Penggolongan Kata Tugas 5.1 Golongan kata tugas berdasarkan NMM Berdasarkan penelitian saya terhadap buku NMM ini tidak mengolongkan kata tugas sebagai golongan kata utama sebaliknya sembilan golongan kata berdasar penulis ialah kata sifat, kata keterangan, kata depan , kata penghubung, kata seruan, kata nama, kata ganti nama, kata bilangan dan kata kerja . subgolongan kata tugas yang terdapat dalam TD seperti kata depan Contohnya dalam TD kata bilangan merupakan subgolongan kepada kata tugas di bawah kata prafrasa dan pascafrasa yang digunakan sebagai penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. 5. 3 Perbandingan kata tugas TD dengan NMM Memang banyak perbezaan di antara pengelasan TD dan NMM kerana berdasarkan golongan kata utama iaitu kata tugas seperti yang terdapat dalam TD lebih tepat dan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat. Terdapat perbezaan yang ketara dibandingkan buku TD dengan NMM dalam pengelasan kata tugas ini. Ini kerana dalam buku NMM istilah kata tugas tidak ada digunakan. Ini adalah kerana penulis menganggap kata keterangan, kata seruan, kata penghubung dan kata bilangan sebagai golongan kata yang utama di samping kata sifat, kata kerja dan kata nama. Terdapat juga persoalan tentang mengapa kata adverba tidak boleh menjadi golongan kata utama. Menurut TD kata adverba menjadi tambahan dalam predikat dan tidak dapat berdiri sendiri untuk menjadi inti frasa. Selain itu juga, kata adverba tidak dianggap sebagai golongan kata utama bahasa Melayu, kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat, seperti halnya dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Kata ini hanya berfungsi sebagai keterangan. Oleh hal yang demikian itu, tidak wujud frasa adverba (F Adv) sebagai frasa utama binaan ayat bahasa Melayu. Frasa utama yang ada hanyalah FN, FK, FA dan FSN, dan semua frasa ini dapat menja 6. Kata Kerja 6.1 Golongan kata kerja berdasarkan TD Menurut TD kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja sama ada yang berlaku atau dilakukan. Kata kerja juga digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek pelengkap, ayat komplemen dan keterangan. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja aktif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja aktif pula dibahagikan kepada kata kerja aktif tak transitif dan kata kerja aktif transitif. Rajah 1.10: Penggolongan Kata Kerja Menurut TD juga menyatakan bahawa kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objeks sesudahnya. Namun ada juga yang lainnya tidak perlu diiikuti oleh pelengkap. Oleh itu , kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kat karja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap. Selain itu dalam buku TD juga tergolong kat kerja transitif iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya yang disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua , iaitu kata kerja dalam ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pasif. Kata kerja tranasitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau –i. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. 6.1 Golongan kata kerja berdasarkan NMM. Menurut penulis buku ini menyatakan kata kerja adalah segala perkataan yang menyebut perbuatan yang dikerjakan atau keadaan yang diadakan. Kata kerja bahasa Meayu tidak dapat ditentukan oleh perubahan bentuk ( infleksinya). Disebabkan itulah penjenisan golongan kata dalam bahasa melayu ditentukan melalui tiga tahap: i. imbuhan ii. penanda kata iii. golongan Melalui tahap imbuhan terdapat sebelas imbuhan iaitu ber-, ber-an, ber-kan, me-, me-kan, me-i, memper-, memper-, memper-kan, memper-i, ter-, ke-an dan se-. Selain itu, melalui tahap golongan kata kerja dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Penulis juga telah membahagikan golongan kata kerja ini kepada sembilan jenis seperti di bawah: 6. 3 Perbandingan kata kerja TD dengan NMM Dari segi persamaan dari jenis kata kerja TD dan NMM ialah subgolongan yang sama iaitu kata kerja kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif bermaksud segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). Manakala kata kerja tak transitif pula ialah kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek ataupun tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Jika dinilai dari segi perbezaan antara kedua-dua buku ini memang terdapat banyak ketidaksamaan. Tentu sekali yang paling ketara dari segi subgolongan kata kerja iaitu TD mengelaskan kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Berlainan pula dengan NMM yang mengelaskan subgolongan kepada sembilan jenis. Walaubagaimanapun Dalam TD setiap jenis kata kerja itu digolongkan kepada subgolongan yang lebih menyeluruh. Perbezaan juga dapat dilihat di mana dalam TD menerangkan kata kerja terdiri daripada empat bentuk iaitu: i. kata kerja tunggal ii. kata kerja terbitan iii. kata kerja majmuk iv. kata kerja ganda. 7.Kesimpulan Berdasarkan huraian dan penjelasan bagi perbandingan tajuk yang saya pilih iaitu membuat perbandingan golongan kata dalam Tatabahasa Dewan dengan buku tatabahasa lain iaitu buku Nahu Melayu Moden memang terdapat persamaan dan perbezaannya. Apa yang paling jelas ialah dari aspek penggolongan kata utama di mana TD telah menggolongkan kepada empat golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas serta mempunyai subgolongan kata bagi mengkategorikan secara tepat dan padat. Manakala dalam buka NMM telah menggolongkan kepada sembilan golongan kata utama iaitu iaitu kata nama, kata kerja, kata tugas, kata keterangan, kata depan, kata penghubung, kata seruan dan kata bilangan dan kata ganti nama. Namun apa yang penting setiap bahan persamaan dan perbezaan antara kedua-dua buku ini adalah merupakan tugasan ilmiah demi mengukuhkan dan memartabatkan lagi bahasa Melayu terutama dalam bidang pendidikan . Keseragaman dalam setiap aspek bagi semua bahasa di dunia ini memang agak sukar dicapai. Namun perlunya sebuah buku yang menjadi pegangan dan panduan bagi pengguna seperti buku Tatabahasa Dewan agar tidak tersasar dan menyimpang dari peraturan atau sistem bahasa yang betul.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment